Tuesday, June 19, 2012

Pokok Dukung Anak


Dukung Anak juga dikenali sebagai Amin Buah dan Keman Jolok ini banyak terdapat di Malaysia sama ada tepi jalan, tepi sungai dan kawasan2 tanah rendah. Tumbuhan herba ini hidup meliar namun mempunyai khasiat yang amat banyak.

Keseluruhan tumbuhan ini boleh digunakan untuk perubatan bermula dari akar hingga kepada buah. 
Antara penyakit yang boleh dirawat seperti penyakit kuning, demam panas, cirit birit, perut meragam.

Bagi penyakit luar seperti kudis, bisul dan luka, Daun dan buag dilumat2kan dan ditampalkan di tempat yang sakit.

~ MERINDU ALAM ~

Sunday, June 17, 2012

Kulit Licin Dengan Air Beras


Wah, percaya atau tidak, air beras sebenarnya merupakan salah satu pertua kecantikan masa dulu. Skarang ramai dok pakai produk dari kedai, dah x guna dah semua nie..

Tahukah anda yang produk dari kedai lambat berkesan kerana kandungan bahan-bahan adalah sedikit. Tapi kalau dicuba guna air beras.. lepas basuh terus boleh rasa.. hehe

Aku nie bukan apa, tengok orang dok basuh beras, pas 2 air dibuang saja, rugi rasanya... So, ari nei aku ajar korang yang nak muka lembut dan licin ( walaupun muka aku x berapa licin tapi bila buat rasa kesannya). Caranya begini.. selepas basuh beras, airnya disimpan atau terus dibasuh kemuka, senang kan.. biar selama 5 hingga 10 minit.. Lepas 2 bilas dengan air bersih.. 


Apa, geli,? ok, kalau rasa geli, air basuhan jangan ambik yang pertama, tapi ambik le yang kedua atau ketiga untuk cucian, kiranya lebih ok kan. 

Satu lagi.. sapa yang minat tanam pokok.. guna air beras juga sebagai air siraman.. subur nanti pokoknya dengan izin Allah.

Pokok Garlic Vine

Pokok Garlic Vine penghias laman

Tumbuhan ini berasal dari negara barat dan banyak terdapat di Mexico dan Brazil. Merupakan tumbuhan menjalar yang mana amat popular sebagi penghias taman disebabkan  bunganya yang cantik dan banyak.

Bunganya selalu hanya bertahan untuk tempoh yang pendek iaitu dalam jangkaan 3 hingga 4 hari sahaja.

Turut mempunyai khasiat iaitu menghilangkan selesema dan batuk. Khasiatnya hampir sama dengan bawang putih kerana bau bunganya juga seakan-akan bawang putih. Daun dan batang direbus dan airnya diminum untuk mendapatkan kesan kepada kesihatan.. Selamat Mencuba


~MERINDU ALAM~

Saturday, June 16, 2012

Pokok Balung Ayam


Tumbuhan jenis ini berasal dari brazil. Bunganya mempunyai banyak warna dan berbeza mengikut jenis. Batang dia jenis licin dan mempunyai beberapa cabang.

Pokok Balung Ayam nie cantik dibuat hiasan taman yang besar. Contoh, tengah2 dataran. Lagi banyak lagi cantik.. 

Cara penanaman juga senang yang mana semaian melalui biji benih. sekuntum bunga mampu mengeluarkan ratusan atau ribu biji benih.


Batang balung ayam boleh merawat bisul, bengkak dan luka.batangnya dilumat dan disapukan ke tempat yang sakit. Selain itu, boleh jugak merawat keputihan, batuk berdarah, batuk dan luka dengan meminum air dari dari batang dan bunga yang dikeringkan. Berkesan juga untuk tenaga batin..

.MERINDU ALAM.



Friday, June 15, 2012

Pokok Senduduk Putih


Tumbuhan ini hidup di iklim tropika seperti Malaysia. Turut dikenal sebagai Keduduk, Sengani dan lain-lain. 

Senduduk putih antara tumbuhan yang sukar ditemui.

Khasiat senduduk adalah mengurangkan darah tinggi dan kencing manis. Air rebusan ranting dan daun dijadikann minuman.

Turut menyembuhkan luka dalaman selepas bersalin dengan meminum air daunnya, Terkena bisa ulat bulu atau luka kecil dengan menampal daun yang telah dilumat.

.MERINDU ALAM.

Pokok Lidah Ayam


Rupanya nama pokok nie adalah Lidah Ayam. Sememangnya digemari oleh penggemar pokok kerana bentuk daunnya yang cantik sesuai dijadikan hiasan laman. 

Pembiakan pokok ini juga senang hanya perlu menceraikan isinya @ ubi. Memerlukan suasana redup untuk hidup subur. 

Mempunyai khasiat untuk merendahkan tekanan darah tinggi dan kencing manis melalui air rebusannya.

.MERINDU ALAM.





Thursday, June 14, 2012

Salam Hijau Untuk Semua

Bismillah

Atas minat yang mendalam tentang tumbuhan, maka hari ni aku mewujudkan satu lagi blog khusus bagi tumbuhan semata-mata.

Perkongsian ini akan memberikan manfaat bukan sahaja kepada diri sendiri tetapi kepada semua.

Menyahut panggilan

'BERTANI SATU IBADAH'